C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Kem Potensi Diri
Khamis, 20 Mac 2014 • 10:46 PTG • 0 comments
Hello. For sure dah berabad tak sentuh blog. Biasalah, hidup f4. Busy dengan sma, subjek baru. Aku rasa kalau boleh pecah otak memang dah pecah otak aku. Haa gitu. Ni nak cerita hari rabu haritu, 190314. Ada kem potensi diri special buat kelas 4ia // 4ik. S-P-E-C-I-A-L. Hahahaaha aku taktahu kenapa dua kelas ni je kena tapi lagi bagus senanyee tak serabut. Start dari pukul 8 tak silap sampai pukul 5. Firstly masuk bilik seminar tu amik tempat masing-masing. Aku macam biasalah akan pilih belakang sekali hahaaha typical me kalau masuk bilik seminar suka duk belakang. Aku tak suka duk depan. Pastu ada sorang fasi perempuan ni masuk test- 2 mic. Ok rasa masatu macam fade up je sebab takkan dari pagi sampai petang dengar dia sorang je ceramah kan? Siapa tak fade up broo. Bila dah dalam 5minit tu, ramai orang yang memang aku tak kenal masuk bilik seminar one by one. Gila. Ramai. Cantik. Handsome. Smart. Lawa. Cute. Then masatu rasa macam sesak nafas sebab ramai fasi laki HAHA. Fasi perempuan pun ramai jugak tapi yelah bebudak laki usha fasi perempuan. Bebudak perempuan usha fasi laki. Benda biasa. Jangan pelik ngat hehehehe. Pastu diaorang semua pergi dekat belakang hahahahaha semua fasi laki duk belakang aku je wuuu untung derrr duk belakang. Tapi srsly fasi perempuan ramai yang cantik sampai aku pun jealous. Lawa-lawa nak gi mana kak? Sedihnyaaa. Pastu time fasi-fasi intro diri. Ramai dari USIM & umur dah 20-an belaka. Hahahaaha masa fasi-fasi ni bagitahu umur sesorang, set set ni belaka "alah beza 5 6 tahun je tak ada hal" hahahaha fasi gelak je. Dari situ banyak jugak aktiviti & game kitaorang buat. Happy, semestinya. Just awal-awal tu macam serabut sikit sebab kena setting group dengan bilik seminar keciknya. Redha jelah. Paling best makan free. Aku suka makanan tengahari dia apaklah gila sedap. Lama dah tak merasa nasi minyak full. Kalau hari biasa kantin tak buat acar-acar ni. Haritu dia buat acar, tembikai, air sirap. Rasa macam kenduri kahwin pun ada heh. Btw, aku dapat group 9. Perempuan, aku dibah mus alia. Lelaki, siraj, hidayat, nu'man. Siraj hambar sekali. Fasi group aku kak qilla sampai taktahu nak buat apa dengan dia sebab dia macam orang tak ada perasaan. Orang gelak dia buat muka toya. Feel me? Say yes. Kalau kitaorang duk dalam group, abang fasi dua orang ni macam berdosa je tak kacau group kitaorang. Abang solehen & abang syafieq. Nyeper sokmo. Abang solehen pascerah dengan kfc + tc dia. Abang syafieq forever dengan kamera DSLR dia sampai masa slideshow penuh gambar dekat- 2 group aku je. Hahahaaha shit aku rasa kamera tu memang penuh muka aku je. Btw pagi tu ada sekali kak wawa zainal ni, dia akan panggil sesiapa dia nak panggil. So macam-macamlah dia cakap "korang cari sesiapa yang pakai kasut jenama sama dengan korang" pastu kitaorang carilah. Pastu duk satu group. Then dia cakap lagi "cuba berpecah ikut group siapa pakai speck dengan siapa tak pakai speck. yang pakai speck duk belakang, yang tak pakai speck duk depan" elok-elok masatu aku tak pakai speck, cepat- 2 aku pakai speck. Taknak duk depan punya pasal. Baru je habis sarung speck tu dekat mata, akak tu panggil aku gi depan. Gila tak sentap. Diaorang ni dah kecoh "haa aisyah gi ah depan pergilah" lastly gi jgk depan dengan muka pasrah nak mampus. Akak tu suh intro nama penuh. Haa ni part paling aku tak suka. Aku paling benci orang tahu nama penuh aku, tapi nak buat cane. Nak taknak satu kelas 4ia // 4ik tahu nama penuh aku. Sukenyeww. Aku rasa kalau orang record time aku dekat depan tu, memang sampai kiamat aku akan cari orang tu. Gila tak cari, masa time duk dekat depan tu pun aku rasa nak lempang diri sendiri. Hahaaha hanya orang yang tengok je tahu kenapa aku cakap macam ni. For the last, kem ni memang best. Fasi semua sporting. Kitaorang mintak ig fb twitter semua ada engkoo. Hah memang geng hahahaha. For sure harap sangat dapat jumpa diaorang balik or ada kem macam ni lagi & diaorang datang. Rinduuuu.

Kak khalida yang sangat cantik. Jealousnyeww.


Group 9. Siraj & nu'man hilang pergi planet lain.

Abang daniel, kak qilla, abang solehen & abang syafieq. Fasi lain semua hilang.

Yang belakang tu dah kenapa HAHAHAHA

Abang lokman & kak khalida :)






PAST
MY WORDS;
Future? Let's put Allah as number one and everything gonna be okay. Fighting!

MY WORLD;


" Dreaming "

OTHERS;


Me
date : 11/11/1998
at: Malaysia


BLOG ARCHIVE;

  • Fikir.
  • 그럴 겁니다 잊을 겁니다